Tuesday 3 July 2012

Flashback: Datang bulan time pregnant????

Flashback balik mcm mner ak tahu ak pregnat... law u ols semua nak taw... ak x taw pown ak pregnant sbb ak DATANG BULAN time tuhh.... huhuhu... lagi 1 minggu nak pergi hiking dengan budak2 opiz, ak siap training bagai.. pergi swimming.. terlompat sne.. terlompat sini... turun naik berlari kat tangga.... tapi yg pasti ak saaaaannnnggaaattt laa letih!! rasa mcm lemahhh je...

Letih yang teramat sangat + jantung ak asyik berdebar2 lajuuu jekkk, ak pown decide nak berjumpe dengan doktor... pergi klinik kt puchong perdana jer.. dekat dgn opiz neyh.. cek urin ade darah (of coz laarr kann law dah kauu period) so ak tak pelik.. ak andaikan maybe ak ni ade urine infection.. haisshh! ak tak ley sakit2 time neyh.. lagi 3 hari nak g hiking! kepala plak ak, manee bleyh sakit! tapi doktor cakap itu BUKAN DARAH PERIOD... ???????

Hahhh?? terus laju jantung makkk ney u olss.... udah penyakit ape laaa yg menyerang.. al-maklum lerr perempuan ni banyak nau penyakit nyer kaannn.... sekali lagi wat urine test.... kali ni dengan perasaan berdebar2 ak nantikan result ak tuhh.... Doktor just tersenyum je tengok ak.... ehhh, doktor neyh nape plak nak sengih2 kan?? "Tahniah Puan, puan pregnant 3weeks..." okayy... ak tak tahu nak buat muke ape laa kan... mcm tekezuuttt jugak laa... nak senyum mcm tak senyum... hahahahahahaah! then motif ak period tu kenape??? well.... here is the explaination WHY??

p/s: Puan aznee.. minta izin yaa copy & Paste d laman ini sbg rujukan d akn dtg.....

Sumber:
Tentang Aznee

1) Sebelum 12 Minggu

a) Pendarahan Implantasi
ini adalah petanda awal kehamilan yang menyerupai haid ketika hampir tamat.. ini kerana benih telur tertanam sendiri ke lapisan rahim.. selalunya antara 6-10 hari selepas persenyawaan.. dalam kes ini, kita akan rasa tidak selesa dan rasa bengkak di pelvis.. dalam minggu pertama ini, walaupun ada pendarahan, tetapi tidak sakit di sekitar tempoh sepatutnya datang haid..
 
(Ni smee dgn kes ak..)
 
 
b) permulaan keguguran
kehilangan darah semasa kemahilan boleh menyebabkan keguguran terutama jika ada rasa sakit dan kekejangan... namun, pada peringkat awal hamil, samada darahnya banyak atau sikit pastikan kita buat pemeriksaan doktor kerana dikategorikan sebagai kes berisiko untuk keguguran.. doktor akan bukan scan untuk baby.. kalo darah sikit dan tidak sakit, mgkn doc akan nasihat untuk kita berehat..

c) kehamilan luar rahim
kekerapan sakit beserta pendarahan mungkin petanda kehamilan luar rahim.. hal ini berlaku sebab ia tertanam di luar rahim selalunya di tiub fallopio.. namun, ia amat jarang berlaku.. pun begitu, pergi la buat pemeriksaan doktor untuk kepastian... mungkin ada faktor2 yang lain..

2)12 minggu ke atas

a)masalah berkaitan plasenta
pendarahan pada trimester kedua dan ketiga menjadi risiko masalah placenta abruption atau placenta praevia.. jika scan, doc akan tandakan posisi plasenta untuk tindakan susulan.. jika placenta preavia, kita kena duduk kat wad untuk pemantauan dan rawatan segera.. manakala placenta abruption, ianya berlaku 0.5% sahaja dan berlaku beserta kesakitan.. namun, apa sahaja pendarahan selepas minggu ke-24 kehamilan, janganlah teragak-agak untuk berjumpa doktor kerana ianya perlu dirawat segera!!

b)petanda awal bersalin
jika selepas minggu ke-37, itu petanda serviks semakin melembut atau mengembang dan dalam proses untuk bersalin!!!!!

3)pada bila-bila masa sepanjang kehamilan

a) kesan hubungan intim
semasa hamil, berlaku peningkatan darah ke serviks. oleh itu, kemungkinan akan ada tompokan darah selepas bersama.. darah yang keluar kemungkinan berwarna merah jambu, merah atau coklat.. namun, cuba elakkan diri untuk bermesra2an berlebihan ketika 12 minggu yang pertama!!!
 
b)jangkitan
namun, pendarahan yang sedikit atau tompokan darah mungkin TIDAK berkaitan dengan kehamilan.. ia mungkin dijangkiti kuman seperti candida, herpes, gonooheoa etc yang menyebabkan keradangan dan gatal2..

atau pun atas faktor penyakit yang lain... contohnya cyst.. ramai org menyangka mereka period, tetapi sebenarnya mereka tidak period...

2 comments:

  1. Datang bulan berapa hari sis? Macam period normal.ke?

    ReplyDelete
  2. Saya lewat period 2 hari..semalam hari 1st saya period... then,mlm td demam..pagi ni, darah sikit je..mcm hari 4@5. Dah pg klinik, doc cakap kalau esok dah kering,tunggu lg seminggu n try cek upt... harap ada laa rezeki saya..hampir dua tahun menunggu...

    ReplyDelete